Meniti Kehidupan

Assalamualaikum buat pembaca blog ni...terima kasih kerana sudi membaca dan pembaca setia ialah my Hubby(betul x,bang?).erm,sebenarnya saya masih baru belajar tentang banyak perkara tentang dunia komputer dan internet.erm,banyak lagi yang masih belum saya explore dan ilmu saya masih terlalu sedikit.saya masih belum berpuas hati.

Saya suka dengan dunia IT sejak masih berada di bangku sekolah lagi.Tambahan pula saya telah dilantik sebagai salah seorang ajk Kelab Komputer di KISAS...Walaupun pada masa itu ilmu saya begitu dangkal dan tidak tahu apa-apa tentang internet.Masih lagi saya ingat,kawan saya,Mastura Mohd Salleh banyak mengajar saya.Terima kasih mas,jasamu kukenang.

Dalam kesibukan meniti kehidupan yang penuh dengan onak dan liku,saya akur dengan kesibukan suami mencari rezeki buat kami walaupun kadang-kadang saya merungut kerana dia selalu pulang lewat tatkala malam sudah menjelma.Saya akui saya hanya insan yang lemah sentiasa mengharapkan cinta hati saya sentiasa ada di rumah tatkala waktu sudah menghampiri jam 5 petang ke atas.Sama-sama meladeni kerenah anak2...Namun...

Streamyx

Saya merupakan pelanggan streamyx sejak bulan lepas.Walaupun dengan pakej yang paling murah,saya berpuas hati.Sekurang-kurangnya ada dan bolehlah kalau setakat nak download Wonderpets dan Upin Ipin kegemaran Amir.Sekurang-kurangnya saya boleh menghilangkan kebosanan.Amir dan Nuha masing2 teruja kalau saya pasang dua cerita tersebut.Dan satu lagi,saya pasang DVD Mari Mengaji-Alif Ba Ta..Suka sangat mereka lihat watak kanak2 yang bermain sambil mengaji.Amir selalu sebut nak pasang 'Ba Ta aji'...Selalu cakap terbalik!

Post a Comment

0 Comments